Apa Itu Program CelikNiaga.
Program Celik Niaga ialah program tuisyen keusahawanan paling praktikal yang direka khusus untuk membantu usahawan mikro membina asas perniagaan yang kukuh dan berdaya tahan. Ia memberi panduan, strategi, dan pengetahuan praktikal untuk mengelakkan kesilapan lazim dalam pengurusan perniagaan, agar setiap langkah yang diambil lebih teratur, menguntungkan, dan mampu berkembang secara mampan.
Program ini sangat sesuai untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan atau berada di peringkat awal pertumbuhan. Melalui pendekatan yang sistematik dan mudah difahami, peserta akan mempelajari cara:
- Membina profil perniagaan dan kewangan yang kukuh serta dipercayai bank & pelabur.
- Menyediakan rancangan perniagaan berdaya maju yang menjadi panduan hala tuju jangka panjang.
- Mengenal pasti dan mengakses peluang pembiayaan, geran, pelabur, serta membina jaringan niaga strategik.
Celik Niaga menekankan kepentingan memperkukuh 10 pillar bisnes utama yang menjadi asas kejayaan jangka panjang. Setiap pillar akan dibimbing secara praktikal supaya peserta bukan sekadar tahu teori, tetapi benar-benar mampu mengaplikasikan ilmu terus dalam operasi perniagaan harian.
Melalui latihan, tugasan, dan pemantauan, peserta akan:
- Memahami keadaan sebenar kewangan bisnes mereka.
- Menetapkan sistem dan proses yang mengurangkan risiko.
- Membina keyakinan untuk membuat keputusan yang tepat dan berani.
Ringkasnya, Celik Niaga adalah platform untuk anda mulakan dengan betul, buat dengan betul bagi membina perniagaan yang stabil, berkembang, dan mampu bersaing walau dalam pasaran yang mencabar.
Klik untuk menganalisis skor kesihatan perniagaan mikro anda
Anjuran
Change 360 Sdn Bhd ialah syarikat pemilikan penuh yang komited dalam memperkasa ‘start up’ dan PKS (SME) melalui pembangunan keusahawanan dan pengurusan perniagaan.
Kami menyediakan bimbingan strategik dan solusi praktikal bagi membantu usahawan membina perniagaan yang lestari, berdaya saing, dan mampan. Fokus utama kami merangkumi:
- Pengurusan Kewangan & Perakaunan – Membantu usahawan menyusun sistem kewangan yang kukuh dan ‘bankable’.
- Pemasaran Strategik – Memastikan usahawan memahami strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan daya saing dan memperluas pasaran.
- Pembiayaan & Geran – Bimbingan mendapatkan akses kepada dana dan pembiayaan perniagaan.
- Pembangunan Perniagaan – Strategi operasi, sumber manusia & pematuhan undang-undang.
- Pembangunan Modal Insan – Latihan & pembangunan kepimpinan bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing tenaga kerja.
- Perundangan Perniagaan – Pemahaman aspek undang-undang untuk memastikan pematuhan dan pengurusan risiko yang efektif.
- ESG (Environmental, Social & Governance) – Mendidik usahawan tentang kepentingan amalan perniagaan lestari dan tanggungjawab sosial korporat.
- Platform Jaringan & ‘Exposure’ – Memperluaskan peluang kerjasama dan pertumbuhan perniagaan.
Matlamat Program
- Celik Niaga merupakan program tuisyen keusahawan paling praktikal yang diwujukan bagi membantu usahawan mikro membina asas perniagaan (business fundamental) yang kukuh.
- Program ini menumpukan kepada pengetahuan praktikal, panduan dan strategi bagi mengelakkan kesilapan lazim dalam pengurusan perniagaan.
- Bagi usahawan mikro yang baru ingin memulakan perniagaan atau yang masih berada di peringkat ‘start up’ atau pertumbuhan, mereka sering menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menggagalkan usaha mereka jika tidak ditangani dengan baik.
- Usahawan mikro sering menghadapi pelbagai cabaran yang membelenggu dan menghalang pertumbuhan serta kelangsungan perniagaan mereka. Masalah ini timbul akibat kurangnya ilmu dan persediaan dalam aspek pengurusan yang menyeluruh, menyebabkan mereka terjerumus dalam kesilapan yang berulang.
- Program ini membawa isu-isu utama yang dihadapi oleh usahawan mikro, dihuraikan secara sistematik mengikut kategori pengurusan untuk memastikan pemahaman yang lebih mudah dan jelas.
- Program Celik Niaga akan memberi penekanan dari segi memahami, perletakan asas perniagaan dari aspek pengurusan sesebuah perniagaan. Membina sesebuah perniagaan adalah ibarat membina sebuah rumah atau bangunan. Keteguhan sesebuah binaan itu sangat bergantung kepada tiang dan strukturnya.
- Seseorang usahawan atau pemilik bisnes wajib memahami konsep dan fungsi komponen asas dalam pengurusan sesebuah perniagaan. Setiap perniagaan mesti dibina dengan asas yang teguh walaupun bermula dengan kecil. Komponen asas perniagaan ini akan menjadi pasakan tiang (pillar) dan membina keteguhan struktur sesebuah perniagaan.
CelikNiaga. Sebagai Solusi
- Program Celik Niaga menawarkan latihan atau kursus komprehensif yang memberi pengetahuan asas pengurusan perniagaan.
- Program Celik Niaga membawa kempen
kesedaran tentang kepentingan pendaftaran perniagaan dan pematuhan undang-undang yang berkaitan. - Program Celik Niaga memberi penekanan serius
tentang kepentingan dan menawarkan kaedah
praktikal melalui modul latihan Pengurusan Kewangan dan cara membina profil kewangan perniagaan yang disukai bank (komprehensif). - Mendedahkan peserta kepada sumber pendanaan, termasuk geran kerajaan dan pinjaman mikro melalui jaringan kukuh kami bersama badan-badan pembiayaan.
- Mewujudkan program mentor & sub mentor di mana usahawan berpengalaman boleh membimbing usahawan baru.
- Mengadakan sesi latihan pemasaran yang memberi tumpuan kepada strategi pemasaran di luar platform media sosial. Menjalinkan kolaborasi dengan pakar
pemasaran dan pembangunan Media seperti Good
Foodie Media Sdn. Bhd. - Menawarkan kursus tentang analisis pasaran dan bagaimana menyesuaikan diri dengan perubahan ‘trend’.
- Mengadakan sesi motivasi dan latihan pembangunan diri untuk membina keyakinan usahawan.
- Mendidik usahawan tentang pentingnya perancangan jangka panjang dan menetapkan matlamat yang realistik.
- Memberikan panduan langkah demi langkah tentang proses pendaftaran dan pematuhan peraturan serta perlesenan berkaitan
- Menekankan kepada peserta tentang pentingnya strategi pemasaran yang berterusan dan membina asas perniagaan yang kukuh.
Siapa Patut Sertai
- Bakal Usahawan & usahawan sedia ada:
Individu yang baru berhasrat untuk memulakan perniagaan dan menggunakan platform media sosial untuk memasarkan produk atau servis mereka - Usahawan Influencer Baharu:
Individu yang telah memulakan perniagaan tetapi menghadapi cabaran dalam pengurusan, kewangan atau pemasaran - Peniaga GIG:
Mereka yang terlibat dalam ekonomi gig (freelancer, pemasar produk, penyediaan perkhidmatan) yang ingin membina jenama dan kelestarian perniagaan - Pelajar dan Graduan:
Pelajar atau graduan yang berminat dalam bidang keusahawanan dan ingin memahami asas-asas pengurusan perniagaan - Influencer dengan Pengikut yang Terhad:
Influencer yang sudah mempunyai pengikut tetapi memerlukan panduan untuk mengubah populariti menjadi peluang perniagaan yang berterusan.
- Komuniti Usahawan:
Wanita yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan memerlukan sokongan serta bimbingan dalam memulakan perniagaan - Usahawan Mikro:
Mereka yang menjalankan perniagaan kecil dan ingin memperluas pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan - Penggiat Media Sosial:
Individu yang aktif di media sosial dan ingin menukar pengaruh mereka menjadi sumber pendapatan yang stabil. - Kumpulan Muda Yang Berjiwa Keusahawanan:
Gen Z dan milenial yang mempunyai idea perniagaan tetapi memerlukan panduan dan sokongan untuk merealisasikannya.
Pakej Program CelikNiaga.
Personal Coaching
- Coaching selama 3 bulan
- Harga Promosi RM1,500
- Normal price RM2,000
- Online/fizikal
Personal Coaching
- Coaching selama 6 bulan
- Harga Promosi RM3,000
- Normal price RM4,000
- Online/fizikal
Personal Coaching
- Coaching selama 12 bulan
- Harga Promosi RM3,500
- Normal price RM5,000
- Online/fizikal
Virtual Small Group Session
- 2jam / sesi
- Minimum 5 peserta
- Normal price RM100/ peserta
- Online(Zoom/Google Meet)
Klinik/Bengkel/Seminar
Bergantung kepada jumlah
peserta, lokasi, kos tempat dan
keperluan logistik, bentuk
kerjasama dengan penganjur
(agensi, bank, koperasi, komuniti
dan NGO)
Buku & Modul Praktikal
Aktiviti
Konsultan
30 FAQ – Program CelikNiaga.
Program Celik Niaga merupakan program tuisyen keusahawanan khas untuk usahawan mikro yang mahu bina asas bisnes yang kukuh, tersusun dan ‘bankable’ melalui sesi coaching 1-to-1 selama setahun.
Bakal usahawan, usahawan baru, dan usahawan mikro yang sudah lama berniaga tapi belum ada struktur bisnes yang betul.
Sangat sesuai! Program ini membantu anda rancang dan bina bisnes dari awal dengan cara yang betul dan terbukti berkesan.
Ya! Program ini juga untuk usahawan yang dah berniaga tapi bisnes belum stabil atau masih tak tahu cara urus bisnes dengan betul.
Ia adalah program yang tawarkan beberapa kaedah pilihan iaitu secara seminar, bengkel, coaching secara 1-to-1. (Fizikal & online).
Anda akan dibimbing secara eksklusif oleh Encik Azman Bidin C.A(M) & Puan Najdiah Abu Bakar berserta kumpulan konsultan mengikut forte & kepakaran.
- Seminar / bengkel: Separuh hari atau sehari.
- Coaching peribadi: minimum 3 bulan hingga 12 bulan mengikut kesesuaian bisnes dan keperluan peserta.
Sesi boleh dijalankan secara online (Zoom/Google Meet) atau secara fizikal di pejabat kami.
Antara 4 hingga 6 kali sesi coaching one-to-one, bergantung kepada pelan dan perkembangan peserta.
Puan Najdiah Abu Bakar dan Encik Azman Bidin C.A(M) - dua orang perunding profesional dalam keusahawanan, kewangan & perakaunan.
Kami tak ajar teori semata. Kami bantu anda bina struktur bisnes yang betul, praktikal, dan boleh jana pendapatan sebenar.
Ya, anda akan dibekalkan dengan template penting seperti cashflow, bajet, business plan & checklist pengurusan bisnes.
Ya. Anda akan dimasukkan ke dalam group khas bersama team kami untuk sokongan berterusan.
Ya! Anda akan dapat PERCUMA sesi khas Personal Financial Profile Consultation.
Boleh, malah Celik Niaga dicipta khas untuk bantu anda mulakan langkah pertama dengan betul.
Sesi coaching sangat fleksibel. Kita akan tetapkan masa yang sesuai dengan jadual anda.
Tidak. Fokus kami ialah bantu anda guna apa yang ada sekarang dan bina bisnes yang mampan, bukan tunggu modal besar.
Ya! Ada pilihan untuk bayar secara ansuran.
Kami bukan sekadar beri ilmu. Kami bimbing anda langkah demi langkah sehingga nampak perubahan dan hasil sebenar.
Boleh. Sesi khas tambahan boleh dibincang mengikut situasi & keperluan.
Ya, boleh. Tapi sesi coaching akan tetap fokus kepada 1 bisnes pada satu masa.
Kami bantu anda bina sistem aliran tunai, bajet bulanan, dan pelan kewangan yang realistik dan mudah dilaksanakan.
Ya, termasuk sistem operasi bisnes, pengurusan pekerja & tugasan, serta SOP asas.
Bantu! Kami bantu anda sediakan dokumen & profil kewangan yang ‘bankable’ untuk permohonan.
Anda boleh mula bila-bila masa. Slot coaching dibuka sepanjang tahun, tertakluk kepada kekosongan.
Ya. Kami hanya ambil 30 peserta setiap batch untuk pastikan fokus & kualiti coaching.
Boleh. Kami bantu anda urus masa dan struktur bisnes supaya tak ganggu kerja tetap.
Ya. Segala perbincangan dan dokumen adalah sulit dan tidak dikongsi kepada mana-mana pihak luar.
Ya. Coaching kami boleh disesuaikan untuk model dropship, ejen atau founder sendiri.
Boleh sangat! Kami bantu anda dari kosong dan tunjukkan cara buat bisnes dengan selamat dan strategi.
Hubungi kami sekarang atau klik link pendaftaran. Tempat sangat terhad, pastikan anda ambil peluang ini secepat mungkin.
Program Affiliate CelikNiaga.
Jana pendapatan dengan menjadi agen affiliate CelikNiaga hari ini. Tiada bayaran pendaftaran diperlukan.PERCUMA!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut.

