Program Klinik Celik Wang ini dirangka sebagai menyahut hasrat kerajaan dalam memberi pendidikan dan pemahaman ilmu dan kepentingan pengurusan kewangan kepada masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Tiadanya asas ilmu pengurusan kewangan telah dikenalpasti sebagai punca utama kepada masalah-masalah kewangan yang membelenggu sebahagian besar masyarakat Malaysia kini.

Klinik Celik Wang

Tujuan program ini adalah bagi memberi pendedahan tentang ilmu dan kepentingan pengurusan kewangan ke arah melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang celik kewangan selaras dengan aspirasi kerajaan. Kepentingan pengurusan kewangan yang mapan adalah teras utama pembangunan ekonomi sesebuah negara.