Heroz Group telah diasaskan penubuhannya oleh Najdiah Abu Bakar. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Alor Setar, Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau menerima pendidikan awal di sekolah beraliran Cina dan membesar dalam persekitaran perniagaan. Pendedahan awal ini telah memupuk minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan dan kewangan.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank pada tahun 1996. Walaubagaimanapun dengan semangat untuk berdikari dan bekerja sendiri, beliau telah mendaftar sebagai ejen insurans secara sepenuh masa pada tahun 1998. Bagi memenuhi keperluan para pelanggannya, beliau telah berjaya memperolehi lesen sebagai perunding unit amanah pada tahun 2002. Tanpa menoleh ke belakang lagi, beliau telah menubuhkan agensi bagi memperluaskan lagi pasaran perniagaannya. Disamping itu, beliau juga terlibat dalam beberapa perniagaan lain dan telah melalui beberapa kali fasa naik dan turun. Pernah tersilap langkah dan mengalami kerugian sehingga hampir diisytiharkan muflis. Pengalaman pahit itu benar-benar memberi pengajaran yang besar dalam kerjaya dan kehidupannya.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah bertemu dan didedahkan dengan pelbagai latar belakang manusia dan persekitaran yang berbeza. Keadaan ini telah memperkayakan lagi kemahiran beliau dalam pelbagai bidang. Selepas bertahun-tahun terlibat dalam bidang pengurusan kewangan dan perniagaan , beliau telah mengenalpasti bahawa ilmu pengurusan kewangan adalah sangat penting untuk dikuasai oleh semua orang. Maka dengan itu, beliau telah berazam untuk mengambil langkah yang lebih agresif dalam menyebarkan ilmu pengurusan kewangan melalui program-program yang telah dirangka khas.

Beliau percaya bahawa usaha ini bukan mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan lebih ramai perunding bertauliah. Pada tahun 2014, berbekalkan pengalaman hampir 20 tahun, beliau telah menubuhkan Heroz Group sebagai platform untuk membangunkan lebih ramai perunding dan juga merangka serta melaksanakan program-program kesedaran kewangan.

Heroz Group juga telah dan sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan untuk memperluaskan lagi kesedaran kewangan kepada semua lapisan masyarakat.