Program Labur Muda ini dirangka selari dengan hasrat kerajaan mahu memberi pendidikan dalam pemahaman ilmu dan kepentingan pengurusan kewangan kepada masyarakat khususnya terhadap mahasiswa di peringkat pengajian tinggi. Pihak kami kini dalam siri jelajah bagi menganjurkan program ini ke universiti di seluruh Malaysia secara berperingkat. 

Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang ilmu dan kepentingan pengurusan kewangan ke arah melahirkan lebih ramai mahasiswa yang celik kewangan dan mempunyai pengetahuan asas untuk mengurus kewangan masing-masing.

Peserta akan didedahkan dengan prinsip ilmu, strategi serta kaedah pengurusan kewangan dan pelaburan yang telah terbukti berkesan dan mampu diikuti oleh semua lapisan masyarakat. Program ini akan dikendalikan oleh perunding-perunding kami yang bertauliah serta berpengalaman.