
HEROZ GROUP SYNERGY SDN BHD (1312428-T), atau lebih dikenali sebagai Heroz Group, merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beribu pejabat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, Heroz Group ditubuhkan dengan matlamat untuk memperkasa masyarakat dalam aspek pengurusan kewangan, keusahawanan, dan pembangunan modal insan, berlandaskan prinsip patuh syariah.
Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Heroz Group telah aktif menjalankan pelbagai program pendidikan kewangan dan pembangunan keusahawanan, antaranya Seminar dan Siri Klinik Celik Wang yang telah menjangkau lebih 100 penganjuran di seluruh negara. Program-program ini melibatkan pelbagai segmen masyarakat termasuk agensi kerajaan, syarikat korporat, badan berkanun serta orang awam. [Lanjut]
Heroz Group Synergy Sdn Bhd adalah berdaftar sebagai Penyedia Latihan (Training Provider) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Kementerian Sumber Manusia.






















