
CELIK WANG
Program Celik Wang dibangunkan untuk membantu masyarakat memiliki asas pengurusan kewangan peribadi yang kukuh.
Dalam situasi kos sara hidup yang meningkat, komitmen hutang, dan godaan gaya hidup melebihi kemampuan, program ini menawarkan bimbingan praktikal supaya peserta dapat merancang, mengurus, dan membina kewangan yang stabil serta sejahtera.
Program ini turut diiktiraf di bawah HRD Corp, menjadikannya pelaburan bermanfaat untuk komuniti, organisasi, agensi kerajaan, syarikat, dan institusi pendidikan.
Fokus utama program ini adalah meningkatkan literasi kewangan, mengelakkan kesilapan seperti hutang berlebihan, membina tabiat simpanan dan pelaburan, mengurus risiko, serta melindungi diri daripada penipuan kewangan dan seterusnya membentuk minda celik wang untuk kehidupan yang lebih stabil.
CELIK NIAGA
Program Celik Niaga ialah program tuisyen keusahawanan paling praktikal yang direka khusus untuk membantu usahawan mikro membina asas perniagaan yang kukuh.
Ia memberi panduan, strategi, dan pengetahuan praktikal untuk mengelakkan kesilapan lazim dalam pengurusan perniagaan. Program ini sangat sesuai untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan atau berada di peringkat awal pertumbuhan.
Melalui pendekatan yang sistematik dan mudah difahami, peserta akan mempelajari cara membina profil perniagaan dan kewangan yang bankable, menyediakan rancangan perniagaan yang berdaya maju, serta mendapatkan pendedahan kepada peluang pembiayaan, geran, pelabur, dan jaringan niaga.
Celik Niaga adalah langkah terbaik untuk mulakan dengan betul, buat dengan betul dalam dunia perniagaan.
WANITA JANGAN KECUT
Program Wanita Jangan Kecut adalah program pembangunan diri khas untuk wanita yang mahu bangkit daripada ketakutan, membebaskan diri daripada belenggu emosi, dan melangkah menuju kejayaan dengan penuh keyakinan serta keberanian.
Berteraskan 77 kunci kejayaan yang praktikal, program ini bukan sekadar memberi motivasi malah turut menyediakan pelan tindakan nyata untuk membina kehidupan yang berlandaskan kesyukuran, prinsip hidup yang jelas, dan kekuatan dalaman.
Setiap modul program menyentuh aspek spiritual, mental, emosi, dan tindakan yang membantu wanita:
Program ini sesuai untuk semua wanita sama ada suri rumah, profesional, atau usahawan yang mahu hidup dengan berani, berprinsip, dan berjaya.
Lain-lain program latihan