
HEROZ GROUP SYNERGY SDN BHD (1312428-T), atau lebih dikenali sebagai Heroz Group, merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beribu pejabat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, Heroz Group ditubuhkan dengan matlamat untuk memperkasa masyarakat dalam aspek pengurusan kewangan, keusahawanan, dan pembangunan modal insan, berlandaskan prinsip patuh syariah.
Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Heroz Group telah aktif menjalankan pelbagai program pendidikan kewangan dan pembangunan keusahawanan, antaranya Seminar dan Siri Klinik Celik Wang yang telah menjangkau lebih 100 penganjuran di seluruh negara. Program-program ini melibatkan pelbagai segmen masyarakat termasuk agensi kerajaan, syarikat korporat, badan berkanun serta orang awam.
Selain itu, Heroz Group turut menyediakan latihan dan program pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) kepada agensi, organisasi, dan golongan usahawan. Fokus utama syarikat adalah dalam penyediaan khidmat perundingan, latihan, dan perkongsian ilmu dalam bidang pengurusan kewangan yang komprehensif, pembangunan keusahawanan, dan pembangunan modal insan yang lestari dan mapan.
Pada tahun 2021, Heroz Group melalui syarikat sinerginya, EDCHOPE, telah dilantik sebagai rakan strategik kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi Program iTEKAD dan Sadaqa House. Menerusi kerjasama ini, Heroz Group bertanggungjawab membimbing lebih 200 usahawan mikro dalam aspek pengurusan kewangan dan keusahawanan secara holistik.
Komitmen Heroz Group dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan terus diperluas apabila syarikat ini berdaftar secara rasmi sebagai penyedia latihan berakreditasi di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Kementerian Sumber Manusia Malaysia pada tahun 2023. Langkah ini menandakan usaha Heroz Group untuk terus bergerak secara profesional dan berstruktur dalam menyumbang kepada pembangunan ekosistem keusahawanan negara.
Sebagai pelengkap kepada usaha advokasi ilmu dan kemahiran, Heroz Group juga aktif dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku khusus dalam bidang pengkhususan syarikat, termasuk pengurusan kewangan dan keusahawanan.
Ke arah masyarakat yang celik kewangan dan berupaya membina keteguhan ekonomi melalui pembudayaan keusahawanan & pengukuhan nilai modal insan menjelang tahun 2030
Patuh Shariah. Ehsan. Mapan. Kompeten. Integriti.
Heroz Group Synergy Sdn Bhd adalah berdaftar sebagai Penyedia Latihan (Training Provider) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Kementerian Sumber Manusia.






















