
HEROZ GROUP SYNERGY SDN BHD (1312428-T), dikenali sebagai Heroz Group merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ditubuhkan di Malaysia dengan alamat pejabat urusannya terletak di Cheras , Kuala Lumpur.
Syarikat ini ditubuhkan bagi menyahut dan memenuhi keperluan masyarakat dalam pengurusan kewangan, keusahawanan dan pembangunan modal insan yang berlandaskan konsep patuh syariah.
Bermula 2014 Heroz Group bergiat aktif menjalankan Seminar dan Siri Klinik Celik Wang dan pembangunan keusahawanan kewangan.
Daripada 2014 sehingga 2023 Heroz Group telah menganjurkan lebih daripada 100 seminar dan siri Klinik Celik Wang kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk agensi kerajaan, syarikat korporat, badan berkanun dan orang awam di seluruh Malaysia.
Heroz Group juga telah terlibat menjalankan program-program soft skills, latihan dan seminar kepada agensi kerajaan , syarikat , dan usahawan.
Fokus utama Heroz Group adalah dalam penyediaan khidmat perundingan, latihan, dan perkongsian ilmu pengurusan kewangan komprehensif, pembangunan keusahawanan dan modal insan yang lestari dan mapan.
Pada tahun 2021 melalui syarikat sinergi iaitu EDCHOPE, Heroz Group telah terlibat secara langsung sebagai rakan strategik kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Melalui kerjasama ini Heroz Group bertanggungjawab secara khusus memberi bimbingan pengurusan kewangan keusahawanan kepada lebih 200 usahawan mikro untuk Program iTekad, Sadaqa House BIMB .
Tahun 2023 menyaksikan Heroz Group mengorak langkah secara lebih serius dan profesional dalam bidang kejurulatihan, pembangunan insan dan keusahawanan dengan mendaftar sebagai penyelia latihan di bawah Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB), Kementerian Sumber Manusia.
Ke arah masyarakat yang celik kewangan dan berupaya membina keteguhan ekonomi melalui pembudayaan keusahawanan & pengukuhan nilai modal insan menjelang tahun 2030.
Patuh Shariah. Ehsan. Mapan. Kompeten. Integriti.