Description
Lihat saja disekeliling kita atau mungkin termasuk diri kita sendiri, bertapa ramai yang terperangkap dalam penjara kewangan yang memeritkan. Lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi hamba kepada duit. Statistik hutang isi rumah dan jumlah orang bankrap yang semakin menggerunkan kini memberi indikator yang tidak baik kepada isu pengurusan kewangan peribadi.
Bijak mencari duit tidak semestinya bijak dalam mengurus duit yang dicari itu. Celik mata tidak semestinya celik mata hati melihat nilai wang yang sebenar.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa mempelajari ilmu asas mengurus hal ehwal kewangan diri itu perlu dijadikan sebagai ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang tanpa mengira siapa pun latarbelakang mereka.
Jangan biarkan diri kita buta dalam celik mengurus wang.






Reviews
There are no reviews yet.